Followers

AYUHAK BAPANDIR!!!


ShoutMix chat widget

cari'ik aku di FB!!!

kulaan-kulaan samuaan basimpun disiyak!!!

Sunday, October 10, 2010

"Bahasa Banjar"

Bahasa Banjar wujud dalam berbagai dialek. Amuntai , Alai, Kandangan dan Keluak adalah diantara yang terbesar. Sebahagian besar perkataan dalam Bahasa Banjar adalah sama dengan Bahasa Melayu, begitu juga dengan awalan seperti di, ber, ter, men, meng, dan akhiran seperti kan, an dan sebagainya. Perbezaan yang nyata hanyalah dari segi sebutan. Bahasa Banjar menggunakan a bagi menggantikan e (pepet) seperti kalihatan(kelihatan), handak(hendak) dsb. Jika hujung ayat, bunyi a dan u menjadi a' dan u' iaitu dengan bunyi k yang lembut. Bahasa Banjar juga menggunakan awalan 'ber' , 'ter' , 'me, men, meng' yang ditukar menjadi 'ba', 'ta', 'ma' seperti 'bersedih' disebut 'basadih', 'memberi' disebut 'mambari' , sementara akhiran 'kan' kadangkala disebut 'akan' contohnya 'mendengarkan' jadi 'mandangarakan'.

_dipetik dari http://www.geocities.com/Tokyo/Palace/5830/_

No comments:

Post a Comment