Followers

AYUHAK BAPANDIR!!!


ShoutMix chat widget

cari'ik aku di FB!!!

kulaan-kulaan samuaan basimpun disiyak!!!

Sunday, October 10, 2010

Sejarah Awal Suku Kaum Banjar

Suku Kaum Banjar berasal dari daerah Banjar Masin di Kepulauan Kalimantan Indonesia. Tradisi Banjar serta adat istiadatnya telah mengalami proses asimilasi daripada Jawa dan Dayak. Justera itu, tidak hairanlah sekiranya berlaku pertembungan adat tradisional ketiga-tiga kaum tersebut.

Kesenian dan alat permainan
Salah satunya adalah dari segi permainan dan hiburan suku kaum Banjar, ditemui sama dengan permainan Dayak kini, seperti Katombong dan Balian.

Adat Perkahwinan
Dari segi adat perkahwinan pula, berbeza sedikit dari adat perkahwinan di Jawa. Dimana upacara merenjir air ke atas pasangan yang baru berkahwin dilaksanakan oleh pegawai agama dan keluarga. Turut menyerikan suasana perkahwinan masyarakat Banjar ialah satu permainan yang disanjung tinggi iaitu 'Orung-Orung Batang'. Keseluruhannya , unsur-unsur ini adalah diadaptasi suku kaum Dayak dan Jawa.



Sumber : Encik Johanshah Abdurahim

No comments:

Post a Comment