Followers

AYUHAK BAPANDIR!!!


ShoutMix chat widget

cari'ik aku di FB!!!

kulaan-kulaan samuaan basimpun disiyak!!!

Sunday, October 10, 2010

SINAR HARIAN ( 12 Disember 2008)

SUNGAI BESAR - Pelbagai usaha dilakukan bagi memartabatkan seni dan budaya masyarakat Banjar kepada generasi kini dan usaha ini perlu didorong dengan rasa bangga dan tanggungjawab.

Pengerusi Pertubuhan Banjar Sungai Besar, Ma’ad Adnan berkata, usaha itu perlu dibuat melalui didikan awal ibu bapa dan keluarga yang berketurunan Banjar kepada anak-anak mereka.

Menurut Ma’ad, melalui kajian menunjukkan hanya kurang 60 peratus masyarakat banjar berumur 20 tahun ke bawah boleh bertutur dengan baik bahasa Banjar.

Selebihnya, menurut beliau semakin melupakan penggunaan bahasa itu apatah lagi dengan tradisi lain seperti persembahan dan masakan orang Banjar.

“Ramai ibu bapa tidak lagi menitikberatkan budaya ini menyebabkan anak-anak sendiri tidak mengetahui amalan-amalan tradisi masyarakat Banjar meskipun tinggal di perkampungan banjar.

“Kerana itu, usaha-usaha seumpama ini perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk menghidupkan dan menyuburkan semula tradisi banjar agar ianya tidak luput untuk generasi akan datang,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘Batamuan Kulaan’ anjuran pertubuhan tersebut di Balai Raya Parit 4 Timur, di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden Pertubuhan Banjar Malaysia (PBM), Idris Ali Badron yang merasmikan majlis dan Ahli Majlis Presiden PBM, Salleh Kasim.

Ma’ad berkata daerah Sabak Bernam yang terkenal dengan majoriti penduduknya dari kalangan masyarakat Banjar mempunyai keahlian mencecah 3,000 orang.

Majlis turut diserikan dengan persembahan ‘madihin’, iaitu sebuah persembahan tradisi masyarakat Banjar berupa pantun nasihat berlagu yang disampaikan Kumpulan Mahidin dari Felda Trolak Timur, Sungkai Perak.

Tidak ketinggalan pelbagai hidangan masyarakat banjar antaranya ‘Wadai Kiping’, ‘Pulut dan Wadi’ dan ‘Wajik’ yang membuktikan seni dan budaya Banjar terus dipelihara.

No comments:

Post a Comment